umum tahu, di Malaysia banyak sangat operator (syarikat pengendali) takaful...terlalu banyak...dulu ada sikit jer, mungkin pada masa dahulu hanya tahu STMB (Takaful Malaysia - under Bank Islam) dan mungkin lepas tue baru tahu mengenai Takaful Nasional (sekarang Etiqa Takaful), mahupun Takaful Ikhlas dan berbagai-bagai lagi la...banyak kan...2006 Prudential BSN Takaful (majikan aku) memulakan operasi...
kebelakangan ini, terlalu banyak MEDICAL CARD yang berada di pasaran...dari semurah-murah (stand alone), sehinggalah yang lebih mahal (ada yang datang dengan pelan takaful hayat dan pelaburan - investment linked)...dan di Prudential BSN Takaful, hanya ada pelan berasaskan pelaburan ini, jika anda mahukan medical card la...medical card tidak dijual berasingan...
apabila berlaku banyak sangat penawaran (sedangkan yang minta tidaklah ramai mana), akan berlaku persaingan untuk mendapatkan pelanggan...itu normal dalam bidang perniagaan...siapa pandai rebut, insyaAllah rezekinya lebih...tapi perlu la kita ingat, adakah apa yang kita berikan kepada pelanggan adalah sesuatu yang berbaloi untuknya...adakah kita fikirkan kesan jangka panjang bagi peserta tersebut???
ada satu pelan (agak baru, dilancarkan pada 2011) medical card...saya pun bukan nak menamakannya, katakan wakili sebagai 'A' sahaja...tawaran menarik...kerana asasnya nampak macam MEDICAL CARD YANG LINDUNGI SATU KELUARGA...dengan hanya 1 KAD PERUBATAN...menarik kalau dengar kan...dan yang pasti, TIDAK MEMBEBANKAN...kata mereka la...tapi, apa 'muslihat' disebaliknya???eh, maksud saya apakah kebaikan dan keburukannya...
kebaikan datang dahulu...pertama...cuma ianya MURAH untuk seisi keluarga...perlu ingat, ini hanyalah MEDICAL CARD...ia bererti, perbelanjaan di HOSPITAL SAHAJA...dan ia tiada ko-takaful (tanggungan bersama peserta untuk bil perubatan) jika TIDAK MELEBIHI HAD TAHUNAN (ada limit tahun boleh pakai secara percuma, lepas limit kena BAYAR SENDIRI)...
tengok, dalam kebaikan ada syarat tersembunyi rupanya...adakah ini baik???perlu ingat, TAKAFUL adalah perancangan jangka panjang...kalau dah ambil sesuatu limit, agak sukar untuk UPGRADE jika SUDAH PERNAH CLAIM menggunakan medical card...ini terjadi kepada beberapa sahabat saya sendiri...ambil pelan rendah daripada Prudential BSN Takaful sendiri, mengalami kesukaran untuk upgrade lepas buat rawatan major (ini normal, di mana-mana syarikat pun sama)...so, lebih baik pada awal-awal mengambil polisi, fikir jangka panjang...jangan fikir waktu singkat (kurang 5 tahun), kerana segala caj perubatan akan bertambah dari semasa ke semasa, padahal limit pada kad perubatan kita bukanlah automatik (kecuali yang ambil benefit auto upgrade - dengan syarat takde buat claim dalam beberapa tahun secara back to back)...agak sukar, banyak hidden terms...jadi, HATI-HATI...itu nasihat saya...
kedua, setiap daripada ahli keluarga dilindungi untuk rawatan di hospital...katakan pemegang polisi (yang ambil polisi) adalah bapa...jadi, yang boleh dilindungi adalah isteri, dan 4 orang anak...setiap seorang mendapat RM200,000 limit di hospital...jadi, sekeluarga seramai 6 orang ini mendapat kad perubatan pernilai RM1.2 juta bagi sesuatu tahun...RM200,000 setiap orang...menarik, bukan???
TAPI...yang tak berapa menarik adalah ini hanya cover rawatan di hospital...jika berlaku kematian kepada isteri atau salah seorang anak, TIADA PAMPASAN diberikan kerana yang dilindungi oleh TAKAFUL HAYAT adalah PEMEGANG POLISI sahaja!!!INI SERIUS!!!dan jika berlaku kematian kepada si pemegang polisi, bagaimanakah polisi ini akan berjalan lagi???kita andaikan bahawa si suami adalah badan kereta...isteri pula sebagai kelengkapan dalam kereta...anak-anak pula adalah 4 roda yang menampung berat kereta...jika kelengkapan dalam kereta rosak (kalau dalam kes manusia - MENINGGAL), adakah kereta boleh berjalan lagi???berfungsikah???insyaAllah, BOLEH...kalau roda juga rosak, maka masih boleh diperbaiki...tapi bagaimana kalau badan kereta reput/rosak, terurai???masihkah boleh diperbaiki???senang cerita, memang LUPUS la...jadi, fikir secara matang...ini REALITI...
jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis, dan semua yang dikatakan MURAH...apabila MURAH, akan ada yang 'kurang' pada produk tersebut...mana mungkin anda membayar RM1.00 selama setahun, anda mampu memperolehi pampasan kematian sebanyak RM1 juta...sedangkan perlindungan insurans bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk penjaja pun hanya memberi pampasan maksimum RM5,000!!!ye, RM5,000...jadi, di mana tahap kita???cukupkah RM5,000 untuk keluarga kita seandainya hari esok kita dijemput Ilahi tanpa kita rancang kewangan keluarga kita???
kenapa di Prudential BSN Takaful, hanya polisi INDIVIDU yang diberikan???kerana jika berlaku kematian pada seseorang pemegang polisi, hanya faedah yang dinikmati oleh seseorang itu yang LUPUT...jika satu keluarga seramai 6 orang itu tadi (ayah, ibu, dan 4 orang anak) mengambil polisi individu...memang ia nampak agak mahal...tapi kalau dihitung nilai kad perubatan yang boleh diberikan, sekurang-kurangnya setiap seorang boleh mendapatkan kad perubatan yang mempunyai limit RM500,000 seumur hidup (piihan sampai umur 70, 80 atau 100 tahun)...tak cukup bagus???katakan polisi ayah dan ibu ada mengambil faedah 'spouse contributor', jika berlalu kematian kepada salah seorang pasangan, maka polisi seorang lagi pasangan akan menjadi percuma (tidak perlu bayar sumbangan/premium) lagi...dan untuk anak-anak, boleh ambil faedah 'parents contributor' di mana jika berlaku sebarang musibah (kematian, lumpuh) pada penjaga, maka polisi anak-anak turut menjadi percuma...jika berlaku kematian pada isteri, suami mendapat pampasan...jika berlaku kematian kepada suami, isteri mendapat pampasan...jika berlaku kematian kepada anak-anak, ibu bapa mendapat pampasan...pampasan kematian...dan nilai tunai yang ada dalam tabungan pelaburan...jadi, di mana RUGINYA???takde rugi pun...cuma orang tak nampak, apabila TIDAK MENDAPAT PENERANGAN YANG JELAS...
jangan berkira mengenai duit...andai kita tahu bahawa untuk anak-anak dan keluarga, kita akan sanggup buat apa sahaja supaya mereka mendapat yang terbaik...tapi sayang, masyarakat kita hanya sedar mengenai hakikat ini APABILA ORANG TERSAYANG DITIMPA MUSIBAH...masa tue, nampak gayanya sudah AGAK TERLAMBAT...tiada apa yang mampu dilakukan lagi oleh seorang agen insuran/takaful seperti saya apabila keadaan ini telah berlaku...
maka, sementara masih sihat, sementara masih ada masa, sementara masih berkemampuan bekerja, maka dapatkan satu perlindungan yang betul-betul bermanfaat untuk anda dan keluarga...JANGAN BERTANGGUH kerana masa tidak menunggu kita, begitu juga dengan penyakit...ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara...
hubungi saya untuk berbicara dengan lanjut:
Mohd Noor Hisyam Bin Abd Latif
019-5535352
Quality Agent
Prudential BSN Takaful Berhad (Best Takaful Operator 2012 in ASIA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan