adik faris semasa di SDMC...
ini adalah kesinambungan cerita yang aku dah post sebelum nie...kalau korang ketinggalan keretapi, takpe...aku faham...boleh baca jer kat sini...
di kesempatan ini (eh, suka hati aku la sebab blog aku kan???), aku nak ucapkan sekalung takziah kepada keluarga allahyarham adik Fariz Nur Daniel...sedihnya tak dapat digambarkan apabila 'berpisah' dengan orang yang tersayang...6 tahun 'pinjaman' dari Yang Maha Esa, bukanlah suatu jangka masa yang pendek...tapi, sesungguhnya Allah lebih mengetahui hikmah yang ada disebaliknya...
"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon
maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil
hospital"
Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris
pada jam 10.18 pagi tadi.
Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.
Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di
syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.
Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu
membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.
**Faris Nur Daniel, 6 tahun dimasukkan ke Sime Darby Medical
Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center) sejak 1 Februari. Ketika itu
anak kecil berkenaan terkena sawan otak dan kesan pada otak.
Namun, hari ke-4 doktor mengambil air tulang belakang, arwah
dikesan mempunyai penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya,
barah darah.
Sebelum ini, selepas 21 hari dimasukkan ke Sime Darby
Medical Center, keluarga terbabit menanggung bil berjumlah RM96,957.68.
Kisah Faris asalnya diketengahkan bagi membantu keluarganya menjelaskan bil hospital apabila jumlah insuran kedua ibu-bapanya tidak
mencukupi.
jadi kawan-kawan pembaca sekalian, apalah nilai RM100, RM200 yang kita 'korbankan' untuk memiliki satu perlindungan takaful, berbanding manfaat yang kita perolehi daripadanya...jangan terlalu 'kedekut' dengan wang...tak boleh bawak masuk kubur pun duit tue...takaful / insuran matlamat utamanya adalah membantu kos perubatan kita SEMASA KITA HIDUP, dan bukannya selepas kita mati...ye, mati itu pasti dan kita MESTI juga meninggalkan harta kepada waris kita...tetapi keutamannya adalah untuk digunakan semasa kita hidup...ingat ye kawan-kawan...kalau ada masalah, boleh contact saya...
Mohd Noor Hisyam Bin Abd Latif
019-5535352
Quality Agent
Prudential BSN Takaful Berhad
0 ulasan:
Catat Ulasan